Para saintis sering mencari jawapan tenang kehidupan. Bagaimana mahu mengekalkan keremajaan atau kehidupan abadi. Jawapannya mungkin ada air sungai dari syurga yang mengalir di dunia ini atau menyelam dalam kolam air bahtera nabi noh didalam cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Si Bongkok menjadi si Tegap.
Memang jika kita hendak kekal lanjut usia, maka faktor pemakanan perlu lah difikirkan dahulu selain dari udara. Tubuh mampu menyembuhkan diri sendiri, tetapi mampukan tubuh modern hari ini melakukan penyembuhan diri. Dalam tubuh kita mempunyai darah merah dan putih, darah putih akan memusnahkan segala penyakit, antibodi tubuh akan menyerang kuman dan bakteria.
Tubuh mempunyai 2 sistem pertahanan iaitu pertahanan tubuh sedia ada dan pertahanan dari sumber luar iaitu dari pemakanan yang dimakan.
Zaman dahulu pemakanan yang dimakan tidaklah seenak makanan hari ini, dahulu makanan tidak diubahsuai bermakna makanan yang dimakan ialah secara semulajadi. Hari ini makanan yang rata-ratanya besifat pahit telah diketepikan.
Didunia ini ada satu masyarakat yang tersorok dari mata dunia dan hari ini telah membuka mata para pengkaji dan saintis tentang usia mereka yang panjang dan bebas dari penyakit kanser, darah tinggi, kencing manis dan bermacam lagi penyakit modern, mereka memakan makanan modern tetapi tetap juga memakan makananm tradisi mereka iaitu rahsia hidup sihat dan panjang usia iaitu Aprikot. Kaum ini adalah yang tinggal dipergunungan Pakistan yang dinamakan kaum Hunza.
No comments:
Post a Comment