

Oleh kerana makanan yang dimakan hari ini penuh dengan kimia yang sudah seperti tidak dapat dielakkan, ayam hari ini yang dimakan ialah ayam 44 hari bermakna kimia (hormon) digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran jika dibiarkan membesar semulajadi ayam tersebut baru 44 hari, cuba kita lihat anak ayam yang berusia lebih sikit 1 bulan, bulunya baru hendak bertukar warna. otaknya pun baru berkembang. Beras yang kita makan pun telah diubah suai dengan rasa yang cukup istimewa, wangi dan lembut. rahsianya ialah kimia dan pewangi.

Jika kita memakan makanan yang berkimia walaupun kimia yang dibenarkan tetapi ia tetap kimia, sedikit demi sedikit lambat laun akan membawa padah kepada tubuh. Percayalah setiap apa yang diubah suai, dari yang semulajadi akan memudaratkan diri.
Islam melarang kita memakan makanan yang syubha atau tidak tahu asalnya kerana akan menyebabkan perubahan perangai seseorang apatah lagi memakan makanan yang diubah suai.
Masalah kesihatan hari ini ialah kita tidak mengeluarkan bahan kimia tersebut. Jika dikeluarkan juga tetap dengan bahan kimia juga. Contohnya jika kita bermasaalah batuk berkahak yang banyak maka pakar perubatan akan memberi ubat mencairkan kahak dan antibiotik dan kesemuanya adalah kimia. Sememangnya akan melegakan pesakit tetapi bahan kimia yang memasuki tubuh tidak memberi manfaat pada tubuh kerana tubuh tidak dapat mengeluarkan bahan antibiotik sendiri.

Makanan memang mempengaruhi tubuh, Makanan yang kita makan ialah samada untuk sihat atau sakit.
No comments:
Post a Comment